Mood Mojee Beverages by Anchor Food Profesional
Assallamualaikum...
Anchor Food Proffesional sememangnya terkenal dengan produk yang berasaskan tenusu. Antaranya yang pernah mummy tulis sebelum ini adalah PizzArt . Kini Anchor kembali dengan produk baru iaitu sejenis minuman yang terdapat didalam 6 perisa yang berasaskan tenusu . Malahan rasanya juga unik dan sesuai dengan selera kita sebagai penduduk asia.
Diatas sambutan hangat dengan produk -produk hasil keluran Anchor , kini sekali lagi mereka menghasilkan 6 jenis minuman yang mampu mengembalikan mood seharian korang dalam kehidupan dikala stress dengan aktiviti harian atau lebih dikenali sebagai " Mood Booster" .
Pelancaran kempen Moodmoojie beverage kali ini telah dilancarkan di sebuah cafe yang terdapat di Bukit Beruang Melaka iaitu Cofeology yang sememang sebuah cafe yang menghidangkan pelbagai menu-menu menarik.
Icy -cool beverages ini juga semuanya dipasangkan dengan pelbagai rasa seperti masam, manis, masin dan pelbagai lagi rasa yang unik yang dihasilkan oleh yuzu, buah delima, mint, dark chocolate dan pelbagai lagi rasa . Menambahkan lagi istimewanya minuman ini ianya juga dicampurkan juga dengan produk susu asli oleh Anchor Food Professionals.
1. Pom & Grey Twist - Sejenis minuman berperisa buah delima dan dilapiskan dengan serbuk krim coklat dibahagian atas dan juga cream cheese oleh Anchor. Menariknya ianya tak terlalu manis .
2. Tangy Brew- Sejenis minuman berasaskan daripada zest buah limau dan juga dicampurkan dengan rasa kopi yang asli . Kemudiannya ditopping dengan whipped cream dan juga cheese cream foam dibahagian atas minuman ini.
3. Lemon Mint Meringue. Mummy suka dengan minuman yang ini sebabnya ianya kaya dengan rasa lemon yang masam-masam tu yang dicampurkan dengan ice cream vanilla. Kemudiannya ianya ditopping dengan whipped cream dan torched meringue bersama lemon yang telah dipotong halus dan diletakkan dibahagian atas minuman.
4. White Chocoffee- Yum yums... Sedap ni weyy . Dihasilkan menggunakan white Chocoffee dan digabungkan bersama white coffee, chocolate dan juga peanut butter . Kemudia di bahagian atas ditopping dengan whipping cream.
5. Yuzu Chocolate Suprises- Digabungkan dengan kemewahan rasa kemanisan yuzu dan coklat telah menghasilkan rasa yang cukup menarik. Yuzu Coklat Citrus ini juga hasil gabungan daripada iced chocolate dengan yuzu puree dan dihidangkan bersama dengan garam lemon cooling candy.
6. Kayanika Fusion - Minuman ini juga telah menjadi salah satu menu kesukaan pada hari launchnya kerana rasanya yang unik. Ada susu yang telah diselang-selikan dengan kemanisan kaya , gula melaka , pulut dan kacang merah. Serius dah macam rasa cendol pulut yang cukup sedap.
Namun menariknya lagi , semua minuman yang dihasilkan ini digabungkan bersama-sama produk-produk asli tenusu oleh Anchor Food Professional seperti Whipping Cream ,Susu, cream cheese dan pelbagai lagi produk Anchor yang dibuat oleh Chef Firuz daripada Cofeology. Harga yang ditawarkan pula adalah RM 16.90 namun kini terdapat harga pomosi berharga RM 13.00 dalam tempoh masa yang terhad. Korang juga boleh mendapatkan minuman ini di :-
Cofeology Cafe & Restaurant
Shop Lot No.23, Ixora Apartment,
Bukit Beruang , 75450 Melaka
Apalagi cepat dapatkan minuman-minuman yang sedap dan mampu mengembalikan mood korang. Eh! bukan dekat Melaka je ada.. Kat Selangor , Johor, Kedah, Penang , Perak dan juga Sabah. Nanti korang boleh check kat website Anchor ye..
Thanks for Reading! Wassallam..
0 Comments