Encore Melaka : Harga Tiket, Lokasi dan Masa Tayangan
Assalllamualaikum..
Melaka sememang terkenal dengan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya, masyarakat , makanan malahan kaya juga pelbagai jenis produk-produk pelancongan yang mampu menarik pelancong dari luar negara mahupun tempatan yang terdapat di Malaysia.
Selain itu juga Melaka ini terkenal keunikan tinggalan bangunan-bangunan yang terdapat disekitar Bandar Melaka contohnya Masjid Kampung Ulu, Bangunan Stadhuys, A Famosa , Replika Istana Kesultanan Melayu dan pelbagai bangunan yang unik dan penuh dengan sejarah. So kalau korang tak datang ke Melaka dan menikmatinya ianya adalah satu kerugian.
Dan..
Siapa pula sukakan teater? Selain teater yang acapkali diadakan di Pentas kebudayaan di Ayer Keroh dan juga Panggung Bangsawan tu.. hah! Sekarang Melaka mempunyai tarikan terbaru yang di namakan Encore Melaka yang mementaskan sejarah, warisan dan kebudayaan dengan pementasan dengan teknologi moden seiring dengan peredaran zaman sekarang.
Lokasi
No. 3, Jalan KSB – Impression 8,
Impression City @ Kota Syahbandar,
75200, Melaka
Tempoh Tayangan
70 minit
No. Phone
+606 270 7777
Facebook
encore.melaka
Instagram
encore_melaka
Apa yang menarik di Encore Melaka ini?
- Encore Melaka menarik disebabkan pentasnya yang mampu berpusing 360 darjah dan merupakan yang pertama di Asia.
- Memaparkan kisah pementasan yang tidak diceritakan pada umum khasnya .
- Melibatkan pelakon/story teller dan juga penari seramai 200 orang dalam satu persembahan.
- Mempunyai pentas sepanjang 240 meter yang mempunyai kelainan dari pentas -pentas teater yang selalu mummy tengok baik dari dalam negara mahupun luar negara khasnya.
- Bangunan Encore ini sebenarnya unik jika hendak dibandingkan dengan pentas-pentas teater yang lain. Samada di pentaskan dibangunan sejarah mahupun bangunan baru yang biasa-biasa. Encore Melaka menampilkan bangunan yang bercirikan seperti gelombang ombak menggunakan LED yang pabila menjelang malam , ianya kelihatan cukup unik dan cantik sekali .
Hah! tengok view depan Encore Melaka ni.. Cantekk kan.. So mummy suggest sebelum korang tengok teater tu datanglah awal sikit, boleh posing sakan. Lagipun lagi awal korang datang takde crowded sangat nak posing.
Dekat tingkat atas parking lot untuk menampakkan view keseluruhan bangunan Encore ni. Fokus sikit pada LED biru tu. Cantek weyyy...
Ambil angle sisi mummy lak... Nampak la slim sikit kan.. ahaha :P #kunun
Ni jelah signage Encore Melaka paling rendah bagi mummy. Yang lain semua tinggi melangit..hahha Belakang mummy tu ada parking lot untuk kereta dan juga motor. Kat tepi bangunan Encore ni pulak ada parking untuk bus. So bab parking mummy rasa takde masalah ok.
Bodyguard mummy teman mummy rini. Katanya teringin nak pi tengok teater Encore Melaka. Sehati sejiwa peminat teater. Semua teater yang ada kat Melaka ni gigih la kitaorang tengok . Last aritu bawak tengok Teater P.Ramlee.
Kaunter tiket bagi pembelian tiket walk in. Tapi kalau takut habis korang boleh beli secara online. Harga sama je. No Less No More..
Pastu kalo agak-agak dah walk in tapi beratur ramai.. boleh je beli kat kiosk tiket yang berhadapan dengan kaunter tiket. Lagi mudah dan pantas!
Ada jugak disediakan kiosk untuk souveniar yang merupakn coin bercirikan Pokok Melaka dan satu lagi apatah. Lupa daaaa..
Kaunter tiket bagi pembelian tiket walk in. Tapi kalau takut habis korang boleh beli secara online. Harga sama je. No Less No More..
Pastu kalo agak-agak dah walk in tapi beratur ramai.. boleh je beli kat kiosk tiket yang berhadapan dengan kaunter tiket. Lagi mudah dan pantas!
Ada jugak disediakan kiosk untuk souveniar yang merupakn coin bercirikan Pokok Melaka dan satu lagi apatah. Lupa daaaa..
Okay dah habis posing meh la kita beratur na.
Mummy suggestkan korang datanglah awal sejam atau paling comman pun datanglah awal setengah (1/2) jam. Sebab nanti korang nak posing la, nak beratur la, nak buat security check up lagi..lagipun pintu masuk yang bakal korang masuk tu ada pentas teater, so kalo korang datang lambat memang takde harapan la nak masuk. Takkan nak jadi penari dia kot.. #menyelit.
Nampak tak pintu masuk dengan pentas dilaluan yang sama. So jangan datang lambat ye.. Tak pasal-pasal rugi masa nak tunggu next show. Lagipun bukannya ada banyak show. Sehari dua(2) show je..
Mummy dan hero kecik dah amik seat. Better ambil seat yang tengah-tengah. Tak depan , tak belakang. Sebab pentas dia panjang 240 meter, so bila duduk kat tengah-tengah just nice nak tengok nun hujung sana dan hujung sini. Ni standard seat je.
Ramai jugak penonton teater ni. Sekejapan penuh!
Permulaan tayangan . Seperti biasalah mestilah kisah dimana Melaka mendapat namakan.
Pastu ada slide-slide sejarah yang buat mummy dan hero kecik jenuh nak baca.Eh! juling la sekejap semua nak baca. hahahaha
Teater ni dihidangkan dalam 3 bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Yang untungnya hero kecik la sebab tiga-tiga bahasa dia paham . Huntunglah badan..hahha :P
Ramai jugak penonton teater ni. Sekejapan penuh!
Permulaan tayangan . Seperti biasalah mestilah kisah dimana Melaka mendapat namakan.
Pastu ada slide-slide sejarah yang buat mummy dan hero kecik jenuh nak baca.Eh! juling la sekejap semua nak baca. hahahaha
Teater ni dihidangkan dalam 3 bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina. Yang untungnya hero kecik la sebab tiga-tiga bahasa dia paham . Huntunglah badan..hahha :P
Ni scene yang melibatkan air. Ingatkan air tu effect 3D tapi serius tu air betul weyy. Kuyup tengok penari-penari tu. Dah macam kolam renang tengah stage. Stage tu pulak boleh bergerak-gerak. Dari kanan ke kiri.
Scene : Mak
Scene : Perkahwinan Masyarakat Baba Nyonya ( Kahwin Campur)
Scene : Baba Nyonya
Scene : Wau ( Melibatkan warisan berharga yang patut kita turunkan ilmunya pada generasi akan datang dan kita sebagai generasi baru ni haruslah mengambil peluang ini agar warisan, budaya, adat, warisan nyata dan tak nyata terus dipelihara )
Ni scene : Finale.
Sebenarnya terdapat tujuh (7) scene kesemuanya dalam pementasan Teater di Encore Melaka ni ( Stories are told through the art, dance dan sceneries) menggunakan teknologi 3D projection mapping ini.
- Parameswara
- Cheng Ho
- Nyonya and Wedding
- Six Mothers
- Pregant Women
- Wau
- Finale
Okay settle 70 minit yang penuh warna warni dan ilmu so korang boleh ronda-ronda kat souveniar shop yang bersebelahan dengan kaunter tiket . Macam-macam ada untuk dijadikan kenangan.
Kemudian korang bolehlah berposing sakan dengan penari/ pelakon dan juga story teller sebagai kenangan. Beratur dan pas je telefon kat petugas yang sedia menanti. Nanti dorang akan tolong amikkan. Untuk setiap orang ok! Lepas tu korang bolehlah sambung amik gambar dibangunan Encore Melaka pulak , sebab waktu tamatnya show, timing betul-betul tengah matahari terbenam. So cun arr ! Apa-apapun teater ni memang the boom! Kagum dengan teknologi dan pentas dorang giteww.. Korang wajib tengok.. Walaupun pada awalnya teater agak pening sikit, nak nak tang hafal/baca tahun-tahun peristiwa sejarah di Melaka. Berpusing biji mata weyy . hahaha
Thanks for Reading! Wassallam..
3 Comments
wow satu lagi tarikan terkini kalau ke melaka kan mommy.. cantik senibina bangunan ni kan :)
ReplyDeletekite suka persembahan teater. menarik n ada seni tersendiri =)
ReplyDeleteBoleh dimasukkan dalam list ini..
ReplyDelete