Ini Abah kita

by - June 21, 2020

Assallamualaikum..

Waktu kecik.. waktu sekolah rendah la.. akulah anak abah. Selalu je nak berdukung. Anak abah katakan. Plus waktu kecik dulu, aku ada asthma so memang berkepit jelah dengan abah. Bila pergi sekolah kawan-kawan selalu ejek aku.. yelah asal aku kena marah ker, kena usik ker .. ayat ni mesti keluar dari mulut aku “Nanti aku balik, aku bagitau abah aku” hahhhaa so title “Kememe” "Anak Abah" memang melekat je aku. Takleh kena usik.. sikit-sikit nak ngadu ngan abah. Ish awat pangai aku lagu ni dulu.. Oh! Anak abah yang comey ni kan.. hahha :P 

Ni gambar waktu aku kecik. Saling tak tumpah muka abah, dah besar sikit lari sikit pergi kat muka mama. hahhaa 

Dah besaq sikit, title anak abah tu kuranglah sikit lekat kat aku.. sebab abah keje kat KL dan kitaorang adik beradik dok Kluang, Johor. So dah kurang rapat dengan abah dan makin rapat dengan mama. Waktu ni aku pun dah pandai berdikari, dah besar kan walaupun saiz badan aku macam tu jugak.. hahhaa pergi sekolah naik bus, balik sekolah pun naik. Tiket bus 20 sen. Oh! Aku ingat lagi. Bila nak tekan bell tangan tak sampai. Padia hang ni julia oii!

Bila masuk tingkatan 3 , aku kena pindah Penang sebab abah pencen. Kitaorang satu family decide nak mulakan hidup baru di Penang. Oh! Waktu ni aku mulai pening.. yelah nak dok Penang. Tinggalkan semua memori aku dari kecik membesaq kat Kluang ni. So waktu ni aku dah kurang sikit melekat dengan abah. Tapi aku ikut je kata abah.  Semua demi abah walaupun dalam hati aku ada sekelumit perasaan memberontak . Ini semua sebab abah. Abah! Abah! Abah!

Dok kat Penang dan bersekolah di Penang, abah kata sekolah kampung so aku kena pakai tudung. Uh! aku protes lagi semua sebab abah. Kat sekolah bila aku baca buku teks dalam loghat Johor.. satu kelas gelakkan aku. Katanya aku baca teks tak guna bahasa baku (bahasa penang la.. semua hujung ada “e” . kuajaq ampa gelakkan aku) tapi aku tahankan rasa amarah semua sebab abah. 

Ni gambaq aku ngan abah bila kitaorang satu family ke Bandung Indonesia beraya haji disana pada tahun 2014. Aku memang suka paksa abah posing. Maaflah anak abah ni memang suka berada depan kamera dan belakang kamera. Tapi sebab abah sayang anak abah, abah layan kan je.

Abah!

Bila habis sekolah , abah sanggup bagi kad pencen dia supaya aku boleh sambung belajar dalam bidang yang aku minat. Aku tahu abah tak mampu , tapi abah nak jugak anak dia ada ilmu. Terima kasih abah. Along sayang abah. Oh! Lupa nak habaq .. dulu waktu interview nak sambung belajaq kat UTM dalam course Rekabentuk Industri tu.. Along lukis hair dryer twenty.. ala kartun anak ayam kuning tu. Sebab tu tak dapat. Maaf abah. Along tak suka. Tapi abah tak marahkan. Along sayang abah. 

Bila duduk Sungai Petani dulu, bila anak abah ni takde duit nak makan .. abah sanggup naik kete datang hantar duit walaupun abah takde duit. Kadang-kadang kete rosak .. kadang kadang dalam hujan lebat. Abah! Along sayang abah walaupun Along tak cakap dengan kata-kata.

Along kawin abah tak suka dengan pilihan Along tapi abah tak kata banyak pun. Abah diam je. Abah takde jerit-jerit ! Abah takde pekik-pekik. Abah redho walaupun dalam hati  abah ada luka yang masih berparut. Tapi abah tak pernah mengungkit, abah tak pernah menyindir..Abah terima sahaja anak abah seadaanya. Tapi itulah takdir mahupun balasan, jodoh Along tak panjang dengan dia.. tapi bila abah jumpa dia kat sini, abah layan dengan dia dengan senyuman, abah salam , abah sembang, abah ajar cucu-cucu abah layan daddy depa sebaik mungkin. Nasiblah daddy dia adalah daddy terbaik untuk cucu cucu abah, walaupun bukan pada anak abah.  Dan abah pula adalah abah terbaik untuk Along , Angah, Ejoy dan Nadia. Terima Kasih Abah!

Abah!

Bila dah duduk sorang, tanggungjawab makin banyak. Kadang-kadang tinggal RM 10, RM 5 je dalam poket. Nak bagi duit sekolah anak, nak isi minyak, bekal sekolah anak... gaji Along mana cukup untuk 3 mulut. Nampak je luar macam mewah, tapi disebabkan otak anak abah ni geliga sampai boleh buat batu permata, susah betul orang nak perasan Along susah. Kalo Along sorang, senang je posa. Settle! Tapi rezeki tu sentiasa ada. Ini mesti doa mama dan abah kan. Tapi kalau darurat call jugak abah mintak ihsan untuk makan minum cucu -cucu abah. Tak berani call mama.. yelah mukadimah je dah makan satu hari, belum lagi masuk bab pengisian... so abahlah penyelesaian paling best! Tiada istilah tak boleh bagi abah. Terima kasih abah. Terima kasih mama. Kalau tak disebabkan mama abah confirm kami anak beranak sudah pasti hidup melarat. Sayang Abah!

Tahun demi tahun, anak abah, cucu abah, cicit abah..eh! Ni belum masuk bab ni lagi. Along masih tak ready nak jadi granny vougue dari hujung tudung sampai hujung heels pink. Hidup kita makin bertambah baik.. walaupun tak kaya harta , tapi rasa semakin bahagia cukup terasa dijiwa. Syukur Alhamdullilah Abah. 

Abah! Abah!

Abah nak tau dak.. Waktu Along cuti sebulan dulu sebab abah ngan mama nak pergi umrah tu kan. Abah pesan suruh pakai tudung kalau nak dok Penang jaga adik hang! So Along tersepit antara tanggungjawab dan juga keinginan.Tapi deal punya deal so Along setuju ja. Kalau bapak kawan Along dia perli je anak dia suruh pakai tudung..Hah! Macam ni dia perli.. "Televisyen pun pakai tudung (TV dedulu kan pakai alas)...hang bila lagi " hhaha lagi dasat kan.. #menusukkalbu

Adehh! Waktu tu Along protes gak abah tapi kat muka balas dengan senyuman je. Tu semua auta ja nak bagi mama abah rasa tenang , rasa happy melakukan umrah! Along pakai jugak tudung. Walaupun abah tau ja lah anak abah ni kaki protes.. tapi dalam hati je lah. Habis kuat masuk bilik terus bebai. Betui tak abah....?

Balik je dari umrah.. dekat pintu umah kita tu.. abah nangis, abah nangis teresak-esak! Tak pernah Along tengok abah nangis macam tu sekali seumur hidup Along. Nangis yang sungguh-sungguh tau. Abah kata abah doa depan kaabah... abah doa agar anak abah pakai tudung.. abah doa semua anak-anak abah jadi anak yg berguna, berjaya, sihat dan solehah. Yelah abah kata abah dah tua sampai bila abah nak tanggung dosa anak abah. Waktu tu hati Along bagai di rentap hebat! Abah...! 

Malam tu Along tak tidoq abah. Kelip kelap mata Along. Along terus pasang niat dalam hati . Along mesti pakai tudung.. Along mesti! Along wajib.. walaupun Along tau, Along ni tak tahan kalo pakai tudung., sekejapan je rasa nak pitam. Macam kes dulu Along pakai tudung sampai nak pitam waktu koir wakil office Along. So Along pasang strategi.. start dari birthday Along 20 disember ( hadiah tuk diri sendiri) Along try pakai tudung nipis-nipis dulu, pastu jgn nak dok belit-belit sangat macam ulaq sawo tu, inner-inner tu abaikan dulu, rambut takyah ikat..Gumpal-gumpal .. Selit!  Settle Abah...

Gambar yang no.3 tu 1st day Along pakai tudung dengan rela hati demi abah dan hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya menolak keinginan tapi jalankan tanggungjawab. Demi Allah! Demi Abah. Demi Mama jugak..

Finally dah hampir dua tahun Along bertudung abah. Mesti semua ni berkat doa mama dan abah kan. Syukur Alhamdulliah. Semua berkat doa abah. Berkat doa mama jugak. Kang tak sebut nama mama. Majuk pulak mama yg ku sayang-sayang itu. Geng membawang dan soping seantero dunia tu. Jangan main-main. Boleh kena sumpah jadi batu belah batu bertangkup tau!

Abah!

Hari ini.. ku lihat wajah tua Abah. Sayu je hati. Abah kini lebih cool. Takde lagi surat khabar gulung dok hambat kami adik beradik yang degil ni. Walau kadang kala abah punya degil dan nak juara sokmo tu masih berbaki. Abah sekarang kini dah menjadi Tok Wan kesayangan dan idola buat cucu cucu Abah. Kimi, Mukhriz , Adel, Wafiy dan Siti, eh! Fuhhh idola sangat-sangat tau. Semualah tok wan dia sebat. Tak berbaki untuk mummynya menyelit. Sampai level “kita nak lawan perut kita ngan tok wan sapa paling buncit.. kata kimi suatu masa dulu.” Hah! Nampak tak level hebat Abah.

Lawa tak anak abah ni?  Kalau orang nampak anak abah ni lawo , bukan sebab Along tau! ni adalah hasil mewarisi kejelitaan dan kehenseman mama dan abah. Dan kalau ternampak kebaikan dalam diri Along, hah! tu bukan Along jugak.. tu semua pantulan perilaku abah mama yang baik . Cuma kalau dorang terlihat buruknya anak abah ni.. hah! itu ye..Along! memang semua Along sapu bersih.

Abah jaga diri baik-baik tau. Makan tu jaga sikit.. jangan dok sapu semua bersih. Along tau mama tu masak sodap sangat. Ingat sikit cucu -cucu, anak-anak dan mama tersayang yang sayangkan abah. Along tak sanggup lagi bawak kete macam orang gilo bila dengaq abah masuk sepital lagi. Rasa macam sekelip mata ja dah sampai kampung. Fuhh Melaka Penang tu Abah. 

Abah!

Along sayang abah sangat-sangat. Abah Along tiada galang gantinya! Nanti kalau Along dah takde abah baca ni tau. Tanda Along sayang abah. Along tak cakap, Along tak buat... tapi tak bermakna Along tak sayang. Along sayang abah sampai syurga. 

Selamat Hari Abah! Hari-hari hari abah. Along rindu abah.. Along rindu nak dengaq abah nyanyi  lagu raya. Raya Haji ni kita jumpa ye.. ( Habih berambu ayaq mata aih sambil menulis). Cucu cucu abah pun hari-hari dok kalut bertasbih kat telinga anak abah.. "Mummy bila kita nak balik kampung ni...?" Sabaq ya cucu cucu abah. 

Doakan abah kita .. syurga kita ni ye. Aku nak jumpa dia kat syurga sana.

Thanks for Reading! Wassallam. Dari anak abah, Along yang ketegaq (degil) tapi comey nak mampuih.. hahaha :P 

You May Also Like

2 Comments

  1. Abah kita dah xda di muka bumi nie..jagalah dia sementara ada

    ReplyDelete
  2. sayu pulak hati saya baca ni kak.. huurm.. mesti ayah akak rasa bahagia sngt2. alhamdulillah untuk akak.. bagi saya soal bertudung ni sensitif tapi saya yakin sikit sebanyak dalam hati individu akan dijentik rasa nak bertudung. jadi kita x perlu nk jatuhkan hukuman apa2 pada orang lain yang belum bertudung..

    insyallah Allah akan gerakkan hati =)

    ReplyDelete