Aktiviti Ramadhan : Kelas Gubahan Bunga (Part 2)
Assallamualaikum....
Ahad . Hari kedua kelas gubahan bunga...Modul arini berkaitan gubahan yang berbentuk (S). Tak sangka pun kan , nak gubah bunga ni mcm2 design ada... ingat design ni asal bole dan cantik jer..Kelas bermula pukul 9.00 pagi, tapi cikgu dah warning siap-siap kul 8.45 pagi semua mesti dah kena ada... Dah la cikgu tu garang..takut makkk... hahahahaha
Cer tengok ..cer tengok.. semua muka excited jer nak gubah bunga, ye lah dah nama nak raya..semua rumah nak dihias cantik..xgitu..
Kali ni aku bawak pasu sendiri... Malas nak beli pasu yang cikgu jual tu sebab ianya tak memenuhi piawaian aku yang cerewet ni (ada disediakan juga pasu plastik tapi kalau xnak bole dibeli). Lagipun pasu kat umah aku ni banyak, yang dihadiahkan orang, diberi, dibuat sendiri dan mcm-macam la pasu kt umah ni . Tinggi , rendah, lonjong..semua ada..tapi xde la semuanya aku nak gubah... Cuma aku ubah suaikan kegunaannya seperti menjadikan ianya sebagai tempat letak perkakas Alat tulis /mewarna) persekolahan anak-anakku dan berbagai-bagai lagilah kegunaannya...
Ni la bunga yang aku gubah untuk hari kedua... Mula-mula cucukkan bunga yang berwarna kuning tu satu keatas dan satu kebawah, Bentukkan bunga itu seolah berbentuk S, So lembutkanlah tangan anda sebaik mungkin wokey, kembangkan dia dibahagian hadapan dan belakang, supaya ianya terletak cantik dan kestabilannya jelas kelihatan ( Eh! betui ka ayat aku ni..hentam la labu) ..kikiki .Lepas tu letakkan 4 kuntum bunga (warna pink tu) Susun kan ia mengikut tinggi rendah yang sedap mata memandang, tapi xmo tinggi sangat na... so taraaaa.. dah siap.. sonangkan... Tu untuk yang basic la tapi bole tambah bunga seperti orkid dan ranting-ranting kayu dibahagian belakang bagi menampakkan penegasannya , kelainan dan kekontraan tinggi rendahnya.hahahahaha.. hancuq betui ayat aku..tapi xpelah asal hampa paham.. sudah la na..hehehehehehe tapi kalo hampa xpaham jugak... nanti aku buat kelas gubah bunga ea...hehehehe
Seeee.... Cikgu kitaorang tuk dok pulun mengajaq cara-cara menambah bunga supaya nampak menarik, tertarik ko memang debom!!..eh eh eh... Cikgu Wan banyak menggunakan bunga yang tinggi untuk diletakan dibahagian belakang bunga basic dan ranting kayu untuk menyerlahkan ketrampilan bunga tu... aichewaaahhhhh... kalo Cikgu Wan baca, confirm lepas ni dia akan cakap lepas ni awak yer la yang ngajaq saya lak , saya lak jadi student awak..hahahahahaha..
Jeng jeng jeng..diantara gubahan bunga yang dipersembah oleh para peserta sekelian.. Ohsem kan.. Walau hakikat aku xberapa minat bunga-bunga lagu ni... tapi okaylah so lepas ni xyah teman mama aku pi beli bunga lagi... Lepas ni ngan eksennya bole aku cakap ngan mama.. " Nanti Along gubah bunga tuk mama eaaa.. Free of charge " ... Aichewaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhh hahahahahahaa Poyos! erkkkkk
Diantara peserta-peserta yang ikut serta. Semua nya dari taman aku. Jiran depan belakang umah aku jerr....Kitaorang ber kelas pun hanya beralas tikaq plastik ja... Ala xkisah la, kalo kelas canggih tapi cikgu dan peserta lemau pun xguna jugakkan kan. Lagipun surau ni dekat , depan umah jerrr... ... Jalan kaki jer dah sampai..Save minyak kete ai.. uiitt kedekut kan aku... kah kah kah kah
Gubahan bunga peserta yang telah siap.. Cantik kan... So sapa cakap mak cik2 xreti gubah bunga.. korang pun belum tentu bole buat... termasukk la yang menaip ni...hehhee
Bergambar kenangan bersama bunga-bunga yang telah digubah. Kelas tamat dalam pukul 1.00 tengahari...
Ni la gubahan bunga aku pada hari pertama.. Cantik x? Mestilah cantikk kan.. Oh! my... pasannya aku! hahahha
Ni bunga yang aku gubah tuk hari kedua.... Simple je kan...
Ni bunga yang aku telah ubah rupa bentuknya pabila menjejak kaki kerumah ..bunga -bunga tu tambahan tu aku cilok dari pasu bunga rumah aku kat dapur ngan living room... cantik tak?
So lepas ni korang bole mencuba membuat gubahan dengan sedikit info yang telah aku berikan.. Tapi kalo korang rasa-rasa dua tiga kali buat xmenjadi jugak... korang bole email kat i tempahan bunga ..hahhahaha tapi serius ni tau.... Bole gak aku buat side income tuk raya ni..hehehehehehehe... Oklah selamat mencuba yerrrr..... Wassallam...
2 Comments
kreatifnya dia ... cantik-cantik semua gubahan :)
ReplyDeletemacehh Zie .. Ala ni cikgu yg ajaq, tu yg bole la gubah sikit-sikit.. Hehehehe
Delete