Persidangan World Tourism Day 2025 di Melaka

by - October 06, 2025

WTD 2025 yang bertemakan Pelancongan dan Transformasi Mapan (Tourism and Sustainable Transformation) dipilih dalam mesyuarat UN Tourism di Phnom Penh, Kemboja dan disahkan dalam Perhimpunan Agung ke-25 UN Tourism.

WTD diadakan setiap 27 September sejak 1980 bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sektor pelancongan kepada ekonomi, sosial dan budaya, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030.

Pelancaran Visit Melaka 2026 pada malam hari pertama persidangan WTD 2025

Persidangan pelancongan bertaraf dunia

Sementara itu, WTC pula merupakan acara eksklusif tiga tahun sekali yang menjadi platform perbincangan pemimpin industri pelancongan, pembuat dasar dan pakar dari seluruh dunia mengenai hala tuju sektor ini.

Dengan penyertaan lebih 160 negara, Malaysia akan memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari dan memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu terhadap pembangunan sosial, budaya, politik dan ekonomi.

Kira-kira 800 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri dua acara mega ini. Malaysia akan memanfaatkan platform ini untuk menonjolkan komitmennya terhadap kelestarian dan warisan budaya, dengan mempersembahkan pendekatan holistik dan seimbang terhadap pelancongan.

Penganjuran dua acara ini mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat global serta menunjukkan komitmen terhadap kelestarian dan budaya negara.

Ia juga meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan, mengoptimumkan pulangan pelaburan (ROI) dan memperluaskan visibiliti Malaysia dalam kalangan negara ahli UN Tourism.

Secara tidak langsung, ia menarik lebih ramai pelancong dan menyokong kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Melalui WTD dan WTC 2025, Malaysia menekankan strategi memperkasa sektor pelancongan dalam mencapai SDG 2030.

Tema ini sejajar dengan kerangka Ekonomi Madani yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi, impak sosial, serta pembangunan mampan berteraskan elemen People, Planet dan Prosperity.

Antara artis jemputan





Acara selingan iaitu Pameran Enrique De Malaca @Panglima Awang

Dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dalam mesyuarat Kick-Off bagi penganjuran WTD dan WTC 2025, Malaysia menunjukkan keseriusan dan keterlibatan dalam menjadikan acara ini sebagai platform untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini. Semua pihak berharap agar acara ini akan memberikan impak positif kepada negara, mewujudkan peluang pelaburan, dan meningkatkan pemahaman tentang kepelbagaian warisan Malaysia.

You May Also Like

0 Comments